Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia!! Nama diberi Norramizah Binti Mohd Shariff. Di sini saya ingin menceritakan tentang kehidupan saya sebelum masuk ke UiTM dan selepas masuk ke UiTM. Bagaimana saya melangkah ke UiTM ini iaitu melalui pengorbanan kedua ibubapa saya yang berusaha dengan bertungkus-lumus membuat permohonan untuk anak dia ini ingin melihat anaknya melanjutkan pelajaran di menara gading di UiTM. Saya adalah salah seorang pelajar daripada Pra-Diploma "Business Management". Pada mulanya saya tidak tahu menahu tentang dan fungsi pra diploma dekat UiTM semua ini. Dari mana saya dapat tahu mengenai pra diploma ini adalah daripada cikgu kaunseling saya di sekolah menengah dahulu. Cikgu kaunseling saya yang mengesyorkan saya supaya masuk ke peringkat pra diploma di UiTM ini kerana keputusan peperiksaan saya cuma cukup-cukup makan sahaja. Selain itu, saya amat lemah dengan subjek matematik tambahan disebabkan kelemahan tersebut saya gagal dalam subjek matematik tambahan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan kegagalan itu telah mencemarkan result SPM saya ;(


Selepas saya masuk ke pra diploma di UiTM Jengka, Pahang, saya mula rasakan perubahan terhadap diri saya sendiri terutama sekali dalam subjek MAT. Semasa di sekolah dahulu saya amat benci dengan matapelajaran 'matematik' bila saya sampai sahaja di menara gading ini saya sudah mula mencintai subjek tersebut kerana subjek tersebut saya selalu mendapat 'A' dalam test semasa pra dip dahulu dan tak juga subjek-subjek yang lain selalu mendapat keputusan yang baik juga. Saya berterima kasih sangat-sangat kepada family, cikgu-cikgu serta rakan-rakan dan lecturer pra-diploma saya dahulu yang sudah berusaha sebaik mungkin untuk membawa saya ke tangga menara gading tanpa mereka saya tidak layak untuk masuk ke pengajian diploma pengurusan maklumat di UiTM Segamat, Johor sekarang ini.

Namun begitu, saya sudah buktikan kepada kedua ibubapa saya bahawa saya tidak lemah dalam matapelajaran MAT dan saya akan membuktikan kepada kedua ibubapa saya suatu hari nanti saya akan berjaya sampai ke peringkat ijazah .. Insyaallah :) serba sedikit saya sudah membuat mereka bahagia atas perubahan diri saya sendiri. Saya tidak mahu melihat mereka sedih dengan kegagalan-kegagalan saya yang lepas. Sesungguhnya saya tidak mahu menghampakan ibubapa saya yang sudah besarkan saya dari kecil sampai ke besar. Terlalu banyak pengorbanan yang harus diceburi di dalam hidup kita seharian. Saya sangat bersyukur kepada-Nya kerana memberi peluang kedua kepada saya belajar ke menara gading ini dan mengejar impian dan cita-cita ku yang bermula di sini. UiTM sentiasa di hatiku <3 Terima Kasih Allah.
x